BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NUFFNANG

Kongsi Resepi

<

Pages

Saturday, October 29, 2011

Roti Kaya dan Nenas dan Kek Keju Marble Lembap

Dah lama  rasanya teringin nak kek cheese yang dideko ngan parutan cheese diatasnya...Alhamdulillah cuti beberapa hari ni dapat gak aku tunaikan hasratku itu.Pagi-pagi selepas suamiku pergi kerja..sempat gak aku bancuh Kek Keju Lembab yg dimarblekan   aku...Nasib la twin aku pagi ni kurang sikit ragam nya,kalau tak memang tak jadilah kek ibu dia....Aku guna tepung segera Kek Keju Lembap je.saja mencuba. Just tambahkan butter, telur ,susu cair  dan sunquick sikit serta cheese dalam 80 gram.Yang roti ni lak aku buat masa hari Deepavali hari tu just untuk sarapan pagi.REsepi ni aku dapat masa mengikuti kursus membuat roti dengan Kolej Komuniti. Jamu mata je kawan-kawan ..Nak resepi lengkap nanti saya  tempelkan di sini ya...











Tempahan Lagi

Dalam minggu yang sedikit sibuk ni...terpaksa travel jauh skit untuk mengajar Latihan 1 Malaysia sempat jugak la aku menyiapkan tempahan sikit 100pcs Blueberry Cheesetart.50pcs untuk Cikgu Sarimah Sabidi jiran depan umah dan Norshidah Misran kawan sekolah dulu yang jugak merupakan seorang polis....Yang sekarang ni rasanya baru habis masa berpantang...Terima kasih ya kawan-kawan sebab sudi mengoder ngan maz.