BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NUFFNANG

Kongsi Resepi

<

Pages

Monday, June 27, 2011

DoNuT Vs aPaM DoT yang tak dot

Salam...untuk entri hari ini saya ingin menambah lagi koleksi resepi yang telah saya cuba pada hari sabtu lepas...Balik2 je dari keje hari tersebut dlm kul 6.30 petang aku pun mulalah menguli donut...Permintaan my hubby  terpaksalah tunaikan...sebelah malamnya setelah donut siap duk" mengapam"pulak kononnnya nak buat apam polka dot,tp dot nya tak jadi la pulak...di bantu oleh anak sedaraku natasha dengan hasil contengan di atas apam tersebut maka terhasillah apam conteng ku yg  tak berapa menjadi ...tp apamnya alhamdulillah menjadi jugak


                                                                Donut ketika di goreng
Inilah hasilnya 
                                            Menunggu sebelum di masukkan dalam kukus
                                              Tadaaaaaa....Inilah dia apam  yang terhasil'


Nak resepi?lihat di bawah...selamat mencuba


Apam Dot


 Sumber :Hana


Bahan-bahan


  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - maz kurangkan 200g je
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Donut Maz...

Bahan-bahan
500g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu besar yis (direndan dengan sedikit air )
1 sudu teh bread improver
1sudu teh bread softener 
secubit garam
3 sudu besar marjerin
air secukupnya ....

 [untuk goreng donut] 
500 ml minyak 
1 s/b majerin 

Cara-caranya
1.Campurkan marjerin dengan tepung gandum,kemudian masukkan susu tepung,telur,yis,bread improver dan bread softener juga garam.tambahkan sedikit air sehingga adunan tidak melekit
2.Uli adunan hingga sebati 
3.Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4.Setelah naik...uli semula dan jadikan bulat-bulat.
5.Panaskan minyak dalam kuali.
6.Apabila minyak hampir panas masukkan donut tersebut...sebelum tu lubangkan tengah2 donut tersebut..Boleh la menggoreng 
7.Goreng donut sehingga kuning keemasan. 
8. Angkat dan golekkan dalam gula halus. Hidangkan.



Monday, June 20, 2011

MeNeRiMa TeMpAHaN DoDoL & kUiH RaYa TaHuN 2011


DODOL
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripadasantan kelapatepung berasgula pasirgula melaka dan garam.
Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia,MalaysiaFilipinaSingapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayahIlocosLuzon dan di bahagian LanaoMindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.
Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupuntepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekittebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelaphijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian,Kelapa dan Pisang.
1kg-RM22.00
  1kg -RM25.00

Bersempena dengan Hari Raya yang akan menjelang tidak berapa lama lagi , saya dari blog
http://maz-kehidupan81. blogspot. com menawarkan kepada anda dodol untuk hidangan hari raya nanti.....Anda boleh membuat tempahan awal kepada kami melalui email maz_hacker81@yahoo.com atau menelefon kami di talian 014-7763912.Kami menawarkan dodol asli dari melaka antaranya Dodol Gula Melaka.Dodol,Dodol Perasa Pandan,Dodol Perasa Durian dan Wajik Sirat.

Sunday, June 12, 2011

JaLaN Ke MeLaKa with FaMiLy












Gambo di atas adalah sekitar program jalan-jalan my family ke Melaka pada cuti sekolah bulan Mei 2011 yg lepas iaitu minggu lepas....hehehe...seronok berjalan ke Melaka Wonderland..apa yang lebih menyeronokkan tengok anak2 gembira sebab dapat main air.

Aktiviti Minggu Lepas


TALAM TOKYO

BROWNIES CHEESE OREO (BROWNIES  MARBLE  CHEESE)



KEK ALUNAN KASIH 

Assalamualaikum..pekabo semua..Aktiviti membaking ni dilakukan minggu lepas,rajin punya pasal ketiga-tiga kuih ni aku buat 1 hari...tp lepas tu mlm kepenatan..hehehe.Nak resepi leh refer kat bawah.maaf la tuan empunya resepi eh.halalkan copy paste resepi ni ya.tak ingat lak dari mana resepi ini dicopy paste ..sekadar ingin berkongsi..Untuk Talam Tokyo...resepinya tak ada dalam simpanan sekarang...nanti next time saya  bagi ya ....Selamat mencuba

BROWNIES  MARBLE  CHEESE
Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula (maz guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
* tmbh jus lemon skit.

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

 KEK ALUNAN KASIH
Bahan:
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g)butter
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • *Serbuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
  • *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
Cara2:
  1. Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  8. Mcm tu lah seterusnya..sampai adunan abis…
  9. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…


Tuesday, June 7, 2011

RESEPI KEK COKLAT








Resepi
Kek Coklat Fudge



Bahan


1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 tsp soda bicarbonat
secubit garam
sedikit vanilin (kakak guna vanila).
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 tsp coklat mocca paste (kakak tak guna)
1 1/4 cawan air panas

Cara
1. Ayak tepung, soda bicarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.
(Oleh kerana kakak guna vanila, vanila dimasukkan ke dalam bahan cecair.
2. Pukul gula, telur,susu,minyak dan mocca paste.(kakak guna blender)
3. Campur bahan (1) dan (2) dan kacau rata.
4. Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
5. Masuk dlm loyang.
6. Bakar dlm oven 180'C selama 45-50 minit. 

KEHIDUPAN ITU........

Terjemahan Q.S. Al – Hadid ( 57 ) Ayat 20 :
Ketahuilah, sesungguhanya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam – tanamannya mengagumkan para petani; kemudian ( tanaman ) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.