BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NUFFNANG

Kongsi Resepi

<

Pages

Sunday, June 12, 2011

Aktiviti Minggu Lepas


TALAM TOKYO

BROWNIES CHEESE OREO (BROWNIES  MARBLE  CHEESE)



KEK ALUNAN KASIH 

Assalamualaikum..pekabo semua..Aktiviti membaking ni dilakukan minggu lepas,rajin punya pasal ketiga-tiga kuih ni aku buat 1 hari...tp lepas tu mlm kepenatan..hehehe.Nak resepi leh refer kat bawah.maaf la tuan empunya resepi eh.halalkan copy paste resepi ni ya.tak ingat lak dari mana resepi ini dicopy paste ..sekadar ingin berkongsi..Untuk Talam Tokyo...resepinya tak ada dalam simpanan sekarang...nanti next time saya  bagi ya ....Selamat mencuba

BROWNIES  MARBLE  CHEESE
Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula (maz guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B
* tmbh jus lemon skit.

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

 KEK ALUNAN KASIH
Bahan:
  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cwn Planta atau (250g)butter
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • *Serbuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
  • *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
Cara2:
  1. Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
  6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  8. Mcm tu lah seterusnya..sampai adunan abis…
  9. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…


0 comments:

Post a Comment