BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

NUFFNANG

Kongsi Resepi

<

Pages

Sunday, July 3, 2011

AnAk ANak

jEMpUt-jEmPuT KeLeDeK LeMaK MaNiS

Pagi ini sedang orang lain gembira dapat bercuti...tp aku hari ahad kene kerja..Boringnya..Selalunya hari minggu la hari untuk bersama keluarga ,tapi apakan daya...dah keje aku cam ni...Nasib la hubby pun kene keje hari ni..tak la kesian sangat tengok dia kene tinggal kat umah...Hubby pagi-pagi dah kuar...tak sempat nak buatkan sarapan.Pagi ini aku terajin la pulak buatkan sarapan untuk anak-anak ...tp jemput-jemput je...Jempu-jemput keledek lemak manis..sedapnya sambil minum bersama air teh o'.Alhamdulillah...


BuAh mELaKa

Assalamualaikum semua.untuk entri hari ini saya nak share pengalaman membuat buah melaka tas permintaan my hubby.....selepas menyiapkan makan malam maka bermulalah misiku membuat buah melaka sambil di bantu oleh hubby untuk menggentel buah melaka..hehehe.akhirnya dalam 8.30 malam siaplah buat melaka aku ini.Semasa beli kelapa tersebut,terlupa nak cakap nak kelapa yang putih je..Jadinya...jadilah buah melakaku hitam dek kerana kelapa itu...Buah melaka ni lembut je sebab ku campurkan ngan sedikit keledek...Untuk resepi lihat la di bawah...


Buah Melaka (anggaran 30 biji)

1 biji keledek saiz kecil(rebus kemudian dilenyek)
300gTepung pulut
1/2 cawan Air daun pandan
Gula melaka (pecah2kannya)
Kelapa parut untuk
secubit garam

Cara-caranya
1.Lenyek keledek,semudian masukkan tepung pulut ,air daun pandan .Sekiranya kurang air leh tambah air sikit
2.Uli sampai adunan tak melekit.
3.Gentil adunan tersebut menjadi bulat-bulat dan kemudian masukkan gula melaka kedalam nya.
4.Sebelum itu didihkan air
5.Setelah air mendidih masukkan buah melaka yang siap digentil tadi .
6.Apabila buah melaka telah terapung boleh la diangkat dandigaulkan dengan kelapa.
7.Sedia untuk dihidang